Saturday, January 5, 2019

Al-Imran Ayat 84

3.3.84 
Juz:
3,Surah: 
Surah 3, Ayat 84:
.

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari surah lepas (3.3.81) yang menerangkan persetiaan nabi-nabi supaya beriman dengan Nabi Muhammad serta menolongnya. Allah menyuruhkan Muhammad katakan kepada ahli kitab dan musrikin; Kami percaya kepada kitab Quran dan kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, Musa, Isa dan lain-lain Nabi seperti Daud, Sulaiman, Ayub dan seterusnya. Janganlah percaya hanya kepada sebahagian pengajaran dan mengingkari pula sebahagian lainnya.

Diutuskan para Nabi dan Rasul  secara bergilir-gilir kepada manusia umat nya adalah untuk memberi panduan dan pengajaran ilmu dunia dan akhirat dan setiap Nabi diturunkan itu akan memberi perkhabaran baru perubahan sebahagian undang-undang kepada sebahagian yang lain diganti dengan yang baru supaya lebih sesuai mengikut hal keadaan tabiat manusia dan adat istidat pada masa itu.



25 Nabi-Nabi ialah;
Adam, Ibrahim, Idris, Ishak, Ismail, Ilias, Ilyasa, Ayub, Ahmad (Muhammad), Daud, Zakaria, Sulaiman, Syuaib, Salih, Isa, Zulkifli, Lut, Musa, Nuh, Harun, Hud, Yahya, Yaakub, Yusuf dan Yunus.  (mengikut susunan ejaan abjad Arab)

(lihat 2.2.213)   

[ susunan para nabi-nabi, http://ahjidgor.blogspot.my/2014/09/3.html ]



[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUBMER, 

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan,
81~90,
[GS] https://sites.google.com/site/pomepurekl/2/1  
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Sunday, February 14, 2016

Surah 19 (21~30)

Maryam, dari ayat 21~30;


21. Ia jawab; “bagitulah !” Tuhan mu berkata; “itu mudah atas ku, dan kami berbuat demikian kerana kami hendak jadikan dia sebagai satu tanda untuk manusia dan sebagai satu rahmat dari kami dan adalah itu satu perkara yang sudah ditetapkan”.

22. Maka ia mengandung dia, lalu ia pergi dengan kandungan nya itu kesatu tempat yang jauh.

23. Maka keadaan hampir melahirkan itu memaksa dia pergi kepangkal pohon kurma, ia berkata; “alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini, dan jadi satu benda yang yang dilupakan orang ?”

24. Maka ia seru dia dari dekatnya, katanya; “janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhan mu telah adakan dekat mu satu anak sungai yang kecil.

25. “Dan goncanglah batang kurma itu kepada mu, nanti ia gugurkan atas mu kurma yang masak”.

26. “Lantaran itu, makan dan minumlah dan jangan lah kamu bersusah hati, lantas kalau engkau lihat seseorang manusia, maka katakanlah; “aku bernazar diam kerana Tuhan pengasih. Oleh sebab itu, tidak akan aku berkata-kata kepada sesiapa pun manusia pada hari ini.

27. Lalu ia bawa dia kepada kaum nya dengan mengendung dia, mereka berkata; “ya Mariam ! sesungguhnya engkau telah berbuat satu perkara yang luar biasa”.

28. “Hai saudara perempuan Harun ! bukan lah bapa mu orang yang tidak baik, dan tidak pula ibu mu seorang perempuan jahat”.

29. Maka ia isyaratkan kepadanya, mereka berkata; “bagaimanakah kami boleh berkata dengan anak kecil yang dalam buaian?”.

30. Ia berkata; “sesungguhnya aku ini hamba Allah, ia telah beri kepada ku kitab, dan ia telah jadikan daku nabi”.
.
.
.
.
Following
[] https://plus.google.com/117105605352612338644/posts/cLM4ndHWdMa






.

Sunday, January 6, 2013